Saturday, February 5, 2011

The Law of Progress

Salam Hormat,

Agak lama saya tak update blog saya, hampir 4 bulan. Tetapi tak mengapa kerana saya tengah menyiapkan satu projek yang akan membantu ramai orang. Dalam masa hampir 4 bulan ini saya melalui satu proses pernyiapan atau dalam bahasa orang putihnya progress of work...hehe

Baiklah kali ini saya akan kongsikan satu infomasi yang mungkin anda telah tahu atau pun mungkin belum tahu. Untuk kedua-dua kes ini tidak mengapa kerana jika anda telah tahu saya akan cuba membantu proses refreshing informasi anda. Dan jika anda belum tahu, inilah informasi yang bakal anda tahu iaitu "The Law of Progress". Jika di Melayukan menjadi "Hukum Pergerakan"

Untuk Mencapai Sasaran Adakalanya Anda Naik dan Adakalanya Anda Turun ke Bawah


Cuba anda perhatikan apa yang telah anda capai sebelum-sebelum ini contohnya seperti berjaya mengumpul duit untuk bayar downpayment kereta, berjaya mendapat pekerjaan yang baik, berjaya di dalam pelaburan, berjaya memikat gadis yang anda idam dan sebagainya lagi. Semua ini adalah sasaran yang telah anda letakkan mungkin setahun yang lepas atau tiga tahun yang lepas ataupun terpulang kepada jangkamasa anda sendiri untuk mencapainya. Jangkamasa tidak menjadi masalah untuk topik ini kerana apa yang saya cuba sampaikan adalah apa yang berlaku di pertengahan perjalanan anda untuk mencapai sasaran tersebut.

Saya kaitkan kembali contoh kumpul duit nak bayar downpayment kereta di atas. Dalam masa anda mengumpul duit tersebut banyak halangan yang datang. Mungkin dua bulan awal keluarga anda memerlukan duit dan anda terpaksa korbankan sedikit duit untuk bantu keluarga anda. Bulan ketujuh rakan karib anda ditimpa kemalangan dan memerlukan sumbangan anda untuk merawat kecederaannya. Kesemua inilah dugaan ataupun naik turun dalam usaha anda mencapai matlamat anda untuk kumpul duit bayar downpayment kereta. Jika sasaran anda kurang jelas mungkin anda give-up dan berhenti setengah jalan. Tapi anda sebaliknya dan lihatlah hasilnya sekarang, anda mampu memiliki sebuah kereta idaman anda. Inilah Hukum Pergerakan. Ada naik dan turun dalam proses mencapai matlamat anda.

Dalam usaha anda memikat gadis idaman (lelaki idaman-bagi wanita) anda anda pernah dikecewakan. Anda pernah ditipu hidup-hidup. Duit anda habis entah kemana. Anda teruskan juga matlamat anda untuk mencari gadis idaman yang bakal menjadi suri anda. Jika anda mengalah, anda tidak akan berjumpa dengan gadis/lelaki idaman anda. Adakalanya anda gembira...adakalanya anda bersedih. Tetapi anda tahu apa matlamat anda dan anda teruskan juga walaupun pedih. Akhirnya siapa di depan anda sekarang??? Teman hidup anda!!!

Ia sama juga jika anda mendaki gunung. Jika anda ukur secara teorem phitagoras mungkin jaraknya dekat sahaja. Tetapi realitinya anda perlu naik dan turun beberapa puncak bukit sebelum sampai ke destinasi anda. Untuk mencapai sesuatu bukanlah mudah. Jika anda benar-benar faham bagaimana hukum alam ini berfungsi saya yakin anda atau pun saya tidak akan mengalah dipertengahan jalan. Untuk capai sesuatu kita perlu adakalanya naik atas turun bawah naik balik...terjun...daki sehinggalah sasaran dicapai.

Lihat lagi hukum alam disekeliling kita jika anda kurang percaya. Lihat pokok-pokok besar disekeliling anda yang mungkin berusia 30 tahun. Sekali tengok macam horror jer. Sebelum ia berdiri tegak, akar yang gagah, dahan yang kuat dan daun menghijau yang meneduhi kawasan sekeliling sudah pasti dahannya pernah patah, akarnya disodok jentolak, daun-daunnya pernah gugur hasil daripada kenakalan kanak-kanak sekeliling. Dan sekarang lihat...ia masih tegak walaupun sudah berpuluh-puluh tahun. Jika ia tidak bertahan, mungkin setahun dua ia telah sujud ke tanah dan dipijak-pijak oleh kanak-kanak dan mungkin dibuat kayu api. Inilah hukum alam yang perlu anda dan saya lihat dan pelajari.

Air dilaut pasang surut setiap 6 jam...Bursa saham naik turun...harga emas melonjak tinggi dan turun menjunam dan banyak lagi contoh yang kita boleh pelajari. Alam sekeliling disediakan untuk kita pelajari pergerakannya.Untuk jadikan kita lebih tabah dan berani. "Hukum Pergerakan" ada disekeliling kita dan ia wujud daripada zaman berzaman. Sebelum kita wujud di dunia ini ia telah wujud. Inilah yang berlaku kepada kita. Saya yakin anda seorang yang bijak memerhatikan "The Law of Progress" di sekeliling anda. Inilah yang saya cuba kongsikan bersama anda untuk kali ini. Saya doakan kejayaan anda untuk terus berusaha mencapai sasaran anda. Jangan berhenti separuh jalan kerana orang yang gagal dan mengalah....mereka sebenarnya tidak menilai hukum pergerakan ini dengan akal fikiran mereka. Anda seorang yang bijak...keep it up and don't give-up!!! :-)

Jumpa anda di tangga kejayaan :-)

Sekian untuk kali ini daripada saya.

Jom singgah ke FB saya....:-)

-Syed Faiz
[sekadar berkongsi]

Thursday, October 21, 2010

Asas Pengurusan Kewangan Peribadi

Salam hormat,

Jika anda lihat post saya sebelum ini bertajuk "Pengurusan Kewangan Peribadi' saya ada jelaskan sedikit sebanyak punca berlakunya masalah kekurangan wang dihujung bulan atau dipertengahan bulan. Untuk kali ini jom saya berkongsi dengan anda semua pengalaman saya menguruskan kewangan sejak saya menuntut di Universiti lagi.

Sebelum tu, saya ceritakan sedikit kenapa saya mula menguruskan wang walaupun pada ketika itu saya belum lagi bekerja dan tiada pendapatan tetap. Seperti yang anda sedia maklum hidup berdikari ni memang banyak dugaan dan cabaran ,lagi-lagi masalah kewangan. Saya mula jejak kaki ke Universiti pada awal tahun 2003, biasalah bila berjauhan dengan keluarga berdikari dah memang perlu untuk setiap individu. Cuma apabila hidup berdikari, cabaran mengurus kewangan adalah yang paling paling mencabar sekali. Apa taknya kalau duit bekalan xckup alamatnya tutup periuk la masa tu. Pernah saya kumpul duit beli periuk nasik khas untuk stanby bila wang poket nyaris-nyaris habis. Bila dah habis, nak mintak mak ayah segan pulak terpaksalah makan megi buat sementara waktu. Daripada terjadinya hidup susah saya pada ketika tu baru saya sedar pengurusan kewangan memang patut diambil berat.

1. Buat budget dulu
2. Rekod perbelanjaan dan keluar masuk wang

3. Buat analisis kesihatan kewangan (guna graf)

Bermula dari sejarah itulah saya cuba buat budget dulu, kemudian rekod perbelanjaan harian dan seterusnya lakukan analisis terhadap kesihatan kewangan saya (seperti excel sheet diatas). Semuanya saya lakukan dalam excel sheet. Anda pun boleh lakukan, tak perlu pakai software yang gempak, tak perlu upah orang buat untuk anda. Memang mudah....gunakan sumber yang ada dikeliling anda semaksimum yang mungkin.

Apa yang saya lakukan apabila 2 3 hari sebelum gaji masuk (atau pinjaman bagi student) siapkan budget dahulu. Budget ini anda perlu listkan kesemua perkara yang anda patut bayar dan jumlahkan kesemuanya. Kemudian lihat berapa banyak baki yang tinggal untuk perbelanjaan anda sehingga gaji/pinjaman berikutnya masuk.

Apabila gaji/pinjaman telah masuk anda perlu settlekan perkara yang anda senaraikan sehingga  selesai kesemuanya. Kemudian rekod setiap pengeluaran wang anda walaupun 10sen. Untuk merekodkan perbelanjaan ini anda perlu sedikit disiplin kerana merekod pengeluaran wang di perlu diupdate setiap kali anda lakukan pembelian atau pengeluaran wang. Apa yang saya lakukan, saya akan notekan perbelanjaan di dalam handphone atau tulis diatas kertas dahulu kemudian 2 3 jam sebelum anda tidur anda perlu rekodkan ke dalam excel yang anda telah design sebelum ini. Bermakna anda akan monitor wang anda setiap masa dan masalah kebocoran wang tidak akan timbul disini.

Langkah ketiga adalah membuat analisis kesihatan kewangan anda di dalam bentuk graf supaya senang nampak naik dan turun perbelanjaan anda. Jika terdapat satu point pada graf yang tinggi daripada yang lain anda secara sedar akan tahu sesuatu yang kurang sihat berlaku kepada kewangan anda. Sebagai contoh, setiap bulan perbelanjaan untuk bil telefon anda adalah RM100. Akan tetapi pada bulan ketiga dan keempat bil telefon anda mencecah RM500 sebulan. Apabila anda plotkan pada graf sebarang abnormal activity akan dapat dikesan dengan mudah. Daripada inilah anda akan dapat mengubati kesihatan kewangan anda semula dalam erti kata lain anda mengambil langkah bijak untuk kurangkan bil telefon anda pada bulan seterusnya. Jika anda tidak lakukan seperti ini saya risau abnormal activity ini tidak dapat dikesan dan akan berlarutan.

Kesimpulannya, berkemungkinan pengurusan kewangan peribadi saya berbeza dengan pengurusan kewangan peribadi anda. Walaupun terdapat perbezaan, target utama anda dan saya adalah sama iaitu mengelakkan kebocoran wang dan menguruskan kesihatan kewangan. Dengan mengurus kewangan anda sendiri percayalah anda akan dapat satu kepuasan apabila anda berjaya menguruskan kewangan anda walaupun baru sebulan anda mencuba. "Bermula dengan sebulan, kemudian dua bulan dan akhirnya perkara ini akan menjadi attitude anda yang sihat untuk jangka masa panjang. Jom kita urus wang :-)"


Monday, October 18, 2010

Pelaburan Emas vs Pelaburan Wang

Salam Hormat,

Sejak kebelakangan ini saya berjinak-jinak untuk mengetahui jenis-jenis pelaburan yang boleh memberi keuntungan kepada saya untuk jangka masa sederhana dan panjang. Apa yang membuatkan saya terfikir untuk lakukan sedemikian adalah timbul kesedaran daripada diri saya sendiri tentang keadaan ekonomi sekarang. Apabila melihat harga barang naik sedikit demi sedikit saya sedar semua yang berlaku ini adalah disebabkan oleh berlakunya "inflasi" kepada matawang.

Pelaburan Emas vs Pelaburan Wang



Terdetik seketika apabila memikirkan zaman 80an tahun kelahiran saya. Bermula dengan bawa bekalan RM0.50 hinggga ke RM0.70 ke sekolah. Apa yang boleh dibelanjakan waktu itu seingat saya RM0.20 nasik dan lauk, RM0.10 air sirap dan selebihnya dibawa balik untuk menabung atau bekalan sekolah petang.

Jika dilihat situasi ini, saya cuba untuk kaitan dengan tahun 2000an. Saya ambil contoh adik saya sendiri yang ke sekolah rendah membawa bekalan RM2.00 hingga RM5.00. Sekarang nasik sepinggan sudah RM1.50 ke RM2.00 belum ditambah dengan minuman lagi. Jika ditambah minuman dan bekalan ke sekolah petang berkemungkinan akan sampai ke tahap RM5.00 untuk satu hari.

Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah wang pada 20 tahun atau bertahun-tahun kebelakang lebih tinggi nilainya berbanding wang pada 20 tahun atau bertahun-tahun kehadapan. Inilah yang dikatan "Inflasi". Bermakna nilai wang apabila  kita plotkan graf nilai vs masa kita akan nampak graf penurunan nilai matawang.

Oleh itu, inflasi ini saya ibaratkan seperti anai-anai yang sentiasa memakan wang kita secara tidak sedar. Lama-kelamaan nilai wang yang ada di dalam simpanan kita akan menurun akibat dimakan oleh "Inflasi". Timbul persoalan dalam fikiran saya bahawa untungkah saya jika saya melibatkan diri di dalam pelaburan wang yang saya telah kenalpasti akan dimakan oleh inflasi.

Terdapat berbagai-bagai jenis pelaburan untuk kita laburkan wang untuk menjana keuntungan. Akan tetapi saya lebih melihat kepada pelaburan Emas. Saya berminat dengan pelaburan emas kerana ciri-ciri emas itu sendiri. Emas adalah penyimpan nilai yang baik, tidak boleh dibinasa, berharga, disanjung tinggi dan berbagai-bagai lagi. Saya hanya akan relatekan ciri-ciri emas yang pertama iaitu "Penyimpan nilai yang baik".

Jom kita lihat apa kata Dr Irfan Khairi (Jutawan Internet) mengenai pelaburan yang beliau postkan di Facebooknya baru-baru ini.


Cuba anda lihat harga 1 gram emas pada tahun 80an. Jika tak salah saya 1 gram = RM34. Kita lihat pula nilai 1 gram emas pada tahun 2008. Harga emas ketika itu 1 gram = RM89. Semalam saya buat kaji selidik lagi pada 17 Oktober 2010 harga emas 1 gram = RM159.10. Apa yang saya boleh simpulkan adalah emas adalah penyimpan nilai yang sangat baik. Emas berlawanan dengan wang kerana emas tidak dimakan  oleh "Inflasi". Bermakna jika anda atau saya menyimpan wang di dalam akaun simpanan anda dan saya akan mengalami susut nilai matawang akibat "Inflasi" tadi. Jika anda dan saya bermula untuk menyimpan wang di dalam bentuk emas saya yakin dan percaya nilai wang anda tidak akan berkurangan malah akan terus bertambah dan bertambah sejajar dengan perjalanan  masa. Menyimpan nilai wang di dalam bentuk emas menguntungkan anda untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang kerana emas tidak dimakan oleh "Inflasi". Oleh itu apa yang dapat saya simpulkan sekarang " Jom kita sama-sama melabur di dalam pelaburan emas untuk kebaikan kita bersama..."

Tuesday, October 12, 2010

Salam Hormat...

Salam hormat,

Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Saya harap kita dapat berkongsi-kongsi maklumat dan info yang berguna bagi semua pihak. Berkemungkinan ilmu yang anda ada tidak ada pada saya, dan berkemungkinan ilmu yang saya ada tidak ada pada anda. Biasalah kita manusia, ilmu didada hanya setitik air di lautan. Mudah-mudahan dengan setitik ilmu pada saya dan ilmu pada anda dapat jadikan ilmu kita semua betitik-titik jadinya.


"Kongsi duit satu masa nanti akan habis juga, tapi perkongsian ilmu bertambah-tambah jadinya"

Pengurusan Kewangan Peribadi


"Pengurusan kewangan PENTING untuk setiap individu..."

Setiap orang pasti akan menghadapi masalah kekurangan wang apabila tiba di hujung bulan ataupun dipertengahan bulan. Daripada pengalaman saya, masalah ini berpunca daripada kelemahan sistem pengurusan kewangan peribadi kita sendiri. Sebagai contoh, pengeluaran wang harian yang tidak direkod menyebabkan pengeluaran wang tidak dikawal. Biasanya kita berbelanja mengikut wang yang ada pada ketika itu tanpa mengira implikasi yang bakal diterima kelak. Tanpa kita sedar, wang untuk perbelanjaan sehingga akhir bulan telah terganggu .Daripada kesan ini lah timbulnya berbagai-bagai masalah lain seperti terpaksa meminjam daripada kawan, terpaksa meminjam daripada ibu bapa dan sebagainya. Sebagai individu yang ingin memantapkan sistem kewangannya saya syorkan tindakan pertama yang patut diambil adalah mewujudkan sendiri sistem pengurusan  kewangan peribadi anda .Bermakna kita menjadi pengurus kepada kemasukan dan pengeluaran wang kita sendiri. Daripada situ saya yakin masalah ini dapat di atasi. Setiap individu digalakkan untuk mempunyai sistem pengurusan kewangan  peribadi sendiri. Biasanya sistem ini berbeza daripada satu individu dengan individu yang lain. Bermulalah dengan langkah pertama...

Rahsia Jutawan


"Money" vs "Time"

Tahukah anda untuk menjadi jutawan sebenarnya terdapat satu formula untuk mencapai kejayaan mereka. Formula yang mudah (simple) tetapi memberi hasil yang berbaloi jika dipraktikkan dengan betul. Formula yang dimaksudkan adalah formula "Money & Time" ataupun dalam bahasa Melayu "Duit & Masa". Bagi mereka jika di tahap awal permulaan sebelum mereka mencapai gelaran jutawan "Time" (Masa) yang mainkan peranan.

Apa yang saya maksudkan disini adalah mereka menggunakan masa sebaik yang mungkin untuk mengejar impian mereka sehinggalah title jutawan dipegang. Apabila gelaran jutawan dicapai mereka menggunakan satu lagi formula iaitu "Money" untuk terus mencipta nama dan kekayaan mereka. Wang mereka akan terus bertambah dan bertambah hasil daripada pelaburan "Time" dan "Money" itu tadi. Apa yang cuba diterangkan ini bukanlah semata-mata untuk mengejar kekayaan yang hanya sementara ini, simbolik disini adalah untuk kita terus kaitkan diri sendiri dengan formula "Money & Time" tadi.

Untuk dapatkan sesuatu ilmu atau pelajaran jika anda tiada modal (money), formula "Time" digunakan. Iaitu melalui pembelajaran sendiri. Jika anda tidak mempunyai masa untuk dapatkan sesuatu ilmu atau pelajaran formula "Money" digunakan. Iaitu melalui upah pakar mengajar.

Saya berikan contoh disini. Jika anda sekarang terlalu sibuk dengan kerja-kerja harian dan pada masa yang sama anda berminat untuk belajar teknik-teknik pemasaran di internet anda hanya perlu mengeluarkan modal untuk membeli produk-produk pembelajaran yang disediakan terus daripada pakar pemasaran. Disini masa anda telah dijimatkan kerana anda menggunakan formula "Money". Akan tetapi jika anda kekurangan modal atau sayangkan duit anda terpaksa menggunakan formula "Time" itu tadi. Maksudnya formula "Money" tadi diminimumkan (zero investment) dan anda terpaksa memaksimumkan formula "Time".

Kedua-dua formula ini berkadar songsang antara satu sama lain. Formula inilah yang basic digunakan untuk mencapai kejayaan mereka. "Mereka telah berjaya...Jom kita ikut jejak mereka untuk mencipta satu lagi kejayaan"

Popular Posts