Monday, October 18, 2010

Pelaburan Emas vs Pelaburan Wang

Salam Hormat,

Sejak kebelakangan ini saya berjinak-jinak untuk mengetahui jenis-jenis pelaburan yang boleh memberi keuntungan kepada saya untuk jangka masa sederhana dan panjang. Apa yang membuatkan saya terfikir untuk lakukan sedemikian adalah timbul kesedaran daripada diri saya sendiri tentang keadaan ekonomi sekarang. Apabila melihat harga barang naik sedikit demi sedikit saya sedar semua yang berlaku ini adalah disebabkan oleh berlakunya "inflasi" kepada matawang.

Pelaburan Emas vs Pelaburan Wang



Terdetik seketika apabila memikirkan zaman 80an tahun kelahiran saya. Bermula dengan bawa bekalan RM0.50 hinggga ke RM0.70 ke sekolah. Apa yang boleh dibelanjakan waktu itu seingat saya RM0.20 nasik dan lauk, RM0.10 air sirap dan selebihnya dibawa balik untuk menabung atau bekalan sekolah petang.

Jika dilihat situasi ini, saya cuba untuk kaitan dengan tahun 2000an. Saya ambil contoh adik saya sendiri yang ke sekolah rendah membawa bekalan RM2.00 hingga RM5.00. Sekarang nasik sepinggan sudah RM1.50 ke RM2.00 belum ditambah dengan minuman lagi. Jika ditambah minuman dan bekalan ke sekolah petang berkemungkinan akan sampai ke tahap RM5.00 untuk satu hari.

Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah wang pada 20 tahun atau bertahun-tahun kebelakang lebih tinggi nilainya berbanding wang pada 20 tahun atau bertahun-tahun kehadapan. Inilah yang dikatan "Inflasi". Bermakna nilai wang apabila  kita plotkan graf nilai vs masa kita akan nampak graf penurunan nilai matawang.

Oleh itu, inflasi ini saya ibaratkan seperti anai-anai yang sentiasa memakan wang kita secara tidak sedar. Lama-kelamaan nilai wang yang ada di dalam simpanan kita akan menurun akibat dimakan oleh "Inflasi". Timbul persoalan dalam fikiran saya bahawa untungkah saya jika saya melibatkan diri di dalam pelaburan wang yang saya telah kenalpasti akan dimakan oleh inflasi.

Terdapat berbagai-bagai jenis pelaburan untuk kita laburkan wang untuk menjana keuntungan. Akan tetapi saya lebih melihat kepada pelaburan Emas. Saya berminat dengan pelaburan emas kerana ciri-ciri emas itu sendiri. Emas adalah penyimpan nilai yang baik, tidak boleh dibinasa, berharga, disanjung tinggi dan berbagai-bagai lagi. Saya hanya akan relatekan ciri-ciri emas yang pertama iaitu "Penyimpan nilai yang baik".

Jom kita lihat apa kata Dr Irfan Khairi (Jutawan Internet) mengenai pelaburan yang beliau postkan di Facebooknya baru-baru ini.


Cuba anda lihat harga 1 gram emas pada tahun 80an. Jika tak salah saya 1 gram = RM34. Kita lihat pula nilai 1 gram emas pada tahun 2008. Harga emas ketika itu 1 gram = RM89. Semalam saya buat kaji selidik lagi pada 17 Oktober 2010 harga emas 1 gram = RM159.10. Apa yang saya boleh simpulkan adalah emas adalah penyimpan nilai yang sangat baik. Emas berlawanan dengan wang kerana emas tidak dimakan  oleh "Inflasi". Bermakna jika anda atau saya menyimpan wang di dalam akaun simpanan anda dan saya akan mengalami susut nilai matawang akibat "Inflasi" tadi. Jika anda dan saya bermula untuk menyimpan wang di dalam bentuk emas saya yakin dan percaya nilai wang anda tidak akan berkurangan malah akan terus bertambah dan bertambah sejajar dengan perjalanan  masa. Menyimpan nilai wang di dalam bentuk emas menguntungkan anda untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang kerana emas tidak dimakan oleh "Inflasi". Oleh itu apa yang dapat saya simpulkan sekarang " Jom kita sama-sama melabur di dalam pelaburan emas untuk kebaikan kita bersama..."

No comments:

Post a Comment

Popular Posts