Saturday, February 5, 2011

The Law of Progress

Salam Hormat,

Agak lama saya tak update blog saya, hampir 4 bulan. Tetapi tak mengapa kerana saya tengah menyiapkan satu projek yang akan membantu ramai orang. Dalam masa hampir 4 bulan ini saya melalui satu proses pernyiapan atau dalam bahasa orang putihnya progress of work...hehe

Baiklah kali ini saya akan kongsikan satu infomasi yang mungkin anda telah tahu atau pun mungkin belum tahu. Untuk kedua-dua kes ini tidak mengapa kerana jika anda telah tahu saya akan cuba membantu proses refreshing informasi anda. Dan jika anda belum tahu, inilah informasi yang bakal anda tahu iaitu "The Law of Progress". Jika di Melayukan menjadi "Hukum Pergerakan"

Untuk Mencapai Sasaran Adakalanya Anda Naik dan Adakalanya Anda Turun ke Bawah


Cuba anda perhatikan apa yang telah anda capai sebelum-sebelum ini contohnya seperti berjaya mengumpul duit untuk bayar downpayment kereta, berjaya mendapat pekerjaan yang baik, berjaya di dalam pelaburan, berjaya memikat gadis yang anda idam dan sebagainya lagi. Semua ini adalah sasaran yang telah anda letakkan mungkin setahun yang lepas atau tiga tahun yang lepas ataupun terpulang kepada jangkamasa anda sendiri untuk mencapainya. Jangkamasa tidak menjadi masalah untuk topik ini kerana apa yang saya cuba sampaikan adalah apa yang berlaku di pertengahan perjalanan anda untuk mencapai sasaran tersebut.

Saya kaitkan kembali contoh kumpul duit nak bayar downpayment kereta di atas. Dalam masa anda mengumpul duit tersebut banyak halangan yang datang. Mungkin dua bulan awal keluarga anda memerlukan duit dan anda terpaksa korbankan sedikit duit untuk bantu keluarga anda. Bulan ketujuh rakan karib anda ditimpa kemalangan dan memerlukan sumbangan anda untuk merawat kecederaannya. Kesemua inilah dugaan ataupun naik turun dalam usaha anda mencapai matlamat anda untuk kumpul duit bayar downpayment kereta. Jika sasaran anda kurang jelas mungkin anda give-up dan berhenti setengah jalan. Tapi anda sebaliknya dan lihatlah hasilnya sekarang, anda mampu memiliki sebuah kereta idaman anda. Inilah Hukum Pergerakan. Ada naik dan turun dalam proses mencapai matlamat anda.

Dalam usaha anda memikat gadis idaman (lelaki idaman-bagi wanita) anda anda pernah dikecewakan. Anda pernah ditipu hidup-hidup. Duit anda habis entah kemana. Anda teruskan juga matlamat anda untuk mencari gadis idaman yang bakal menjadi suri anda. Jika anda mengalah, anda tidak akan berjumpa dengan gadis/lelaki idaman anda. Adakalanya anda gembira...adakalanya anda bersedih. Tetapi anda tahu apa matlamat anda dan anda teruskan juga walaupun pedih. Akhirnya siapa di depan anda sekarang??? Teman hidup anda!!!

Ia sama juga jika anda mendaki gunung. Jika anda ukur secara teorem phitagoras mungkin jaraknya dekat sahaja. Tetapi realitinya anda perlu naik dan turun beberapa puncak bukit sebelum sampai ke destinasi anda. Untuk mencapai sesuatu bukanlah mudah. Jika anda benar-benar faham bagaimana hukum alam ini berfungsi saya yakin anda atau pun saya tidak akan mengalah dipertengahan jalan. Untuk capai sesuatu kita perlu adakalanya naik atas turun bawah naik balik...terjun...daki sehinggalah sasaran dicapai.

Lihat lagi hukum alam disekeliling kita jika anda kurang percaya. Lihat pokok-pokok besar disekeliling anda yang mungkin berusia 30 tahun. Sekali tengok macam horror jer. Sebelum ia berdiri tegak, akar yang gagah, dahan yang kuat dan daun menghijau yang meneduhi kawasan sekeliling sudah pasti dahannya pernah patah, akarnya disodok jentolak, daun-daunnya pernah gugur hasil daripada kenakalan kanak-kanak sekeliling. Dan sekarang lihat...ia masih tegak walaupun sudah berpuluh-puluh tahun. Jika ia tidak bertahan, mungkin setahun dua ia telah sujud ke tanah dan dipijak-pijak oleh kanak-kanak dan mungkin dibuat kayu api. Inilah hukum alam yang perlu anda dan saya lihat dan pelajari.

Air dilaut pasang surut setiap 6 jam...Bursa saham naik turun...harga emas melonjak tinggi dan turun menjunam dan banyak lagi contoh yang kita boleh pelajari. Alam sekeliling disediakan untuk kita pelajari pergerakannya.Untuk jadikan kita lebih tabah dan berani. "Hukum Pergerakan" ada disekeliling kita dan ia wujud daripada zaman berzaman. Sebelum kita wujud di dunia ini ia telah wujud. Inilah yang berlaku kepada kita. Saya yakin anda seorang yang bijak memerhatikan "The Law of Progress" di sekeliling anda. Inilah yang saya cuba kongsikan bersama anda untuk kali ini. Saya doakan kejayaan anda untuk terus berusaha mencapai sasaran anda. Jangan berhenti separuh jalan kerana orang yang gagal dan mengalah....mereka sebenarnya tidak menilai hukum pergerakan ini dengan akal fikiran mereka. Anda seorang yang bijak...keep it up and don't give-up!!! :-)

Jumpa anda di tangga kejayaan :-)

Sekian untuk kali ini daripada saya.

Jom singgah ke FB saya....:-)

-Syed Faiz
[sekadar berkongsi]

1 comment:

  1. Saya suka tenguk kecekalan bayi belajar bergerak dari meniarap, merangkak,berjalan dan bertutur. Jatuh , sakit, menangis dan ditertawakan orang tapi tetap mencuba hingga berjaya.

    Ketabahan itu bertambah kuat didorong oleh kasih sayang dari org yang hampir dengannya.

    ReplyDelete

Popular Posts