Tuesday, October 12, 2010

Rahsia Jutawan


"Money" vs "Time"

Tahukah anda untuk menjadi jutawan sebenarnya terdapat satu formula untuk mencapai kejayaan mereka. Formula yang mudah (simple) tetapi memberi hasil yang berbaloi jika dipraktikkan dengan betul. Formula yang dimaksudkan adalah formula "Money & Time" ataupun dalam bahasa Melayu "Duit & Masa". Bagi mereka jika di tahap awal permulaan sebelum mereka mencapai gelaran jutawan "Time" (Masa) yang mainkan peranan.

Apa yang saya maksudkan disini adalah mereka menggunakan masa sebaik yang mungkin untuk mengejar impian mereka sehinggalah title jutawan dipegang. Apabila gelaran jutawan dicapai mereka menggunakan satu lagi formula iaitu "Money" untuk terus mencipta nama dan kekayaan mereka. Wang mereka akan terus bertambah dan bertambah hasil daripada pelaburan "Time" dan "Money" itu tadi. Apa yang cuba diterangkan ini bukanlah semata-mata untuk mengejar kekayaan yang hanya sementara ini, simbolik disini adalah untuk kita terus kaitkan diri sendiri dengan formula "Money & Time" tadi.

Untuk dapatkan sesuatu ilmu atau pelajaran jika anda tiada modal (money), formula "Time" digunakan. Iaitu melalui pembelajaran sendiri. Jika anda tidak mempunyai masa untuk dapatkan sesuatu ilmu atau pelajaran formula "Money" digunakan. Iaitu melalui upah pakar mengajar.

Saya berikan contoh disini. Jika anda sekarang terlalu sibuk dengan kerja-kerja harian dan pada masa yang sama anda berminat untuk belajar teknik-teknik pemasaran di internet anda hanya perlu mengeluarkan modal untuk membeli produk-produk pembelajaran yang disediakan terus daripada pakar pemasaran. Disini masa anda telah dijimatkan kerana anda menggunakan formula "Money". Akan tetapi jika anda kekurangan modal atau sayangkan duit anda terpaksa menggunakan formula "Time" itu tadi. Maksudnya formula "Money" tadi diminimumkan (zero investment) dan anda terpaksa memaksimumkan formula "Time".

Kedua-dua formula ini berkadar songsang antara satu sama lain. Formula inilah yang basic digunakan untuk mencapai kejayaan mereka. "Mereka telah berjaya...Jom kita ikut jejak mereka untuk mencipta satu lagi kejayaan"

No comments:

Post a Comment

Popular Posts